Peralihan kuasa Korea Utara berjalan lancar
|
PYONGYANG 23 Dis. – Proses peralihan kuasa berikutan kematian Presiden Kim Jong-Il kepada anak lelakinya, Kim Jong-Un kelihatan berjalan lancar tanpa sebarang tanda ketegangan atau bantahan. Sejak kematian Jong-Il yang diumumkan Isnin lalu, pihak luar memberi tumpuan rapi kepada Korea Utara mengenai waris kepimpinan di negara yang terkenal dengan program nuklear dan sejarah tegang dengan beberapa jirannya. Berpuluh-puluh ribu penduduk kelihatan masih berkabung di jalan-jalan utama di sini. - Agensi |
|