Friday, December 23, 2011

Pegawai kastam Melaka cedera ditembak

MELAKA - Seorang pegawai bahagian penguat kuasa Kastam Diraja (KDRM) Melaka cedera ditembak empat lelaki di hadapan rumahnya di Taman Tanjung Minyak, Sungai Air Hitam di sini hari ini.

Pegawai Kastam Tinggi, Rosli Aziz cedera pada bahu dan tapak tangan kiri dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu.

Beliau dilaporkan terkena dua daripada lima tembakan yang dilepaskan kumpulan tersebut.

Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Chuah Ghee Lye berkata, para suspek dikatakan menunggu mangsa di luar pagar rumahnya sebelum menembak mangsa dan melarikan diri selepas mangsa cuba membalas tembakan tersebut.

Para penjenayah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment