Friday, December 23, 2011

Dadah 4.15 kg dalam beg: Wanita, pelajar ditahan

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan dua cubaan penyeludupan dadah seberat 4.15 kilogram yang bernilai RM1.037 juta.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk M.Govinden berkata, wanita Kemboja, 39, dan pelajar Nigeria, 26, telah ditahan di Terminal Utama KLIA pada 4.30 pagi dan 6 petang pada Rabu lepas.

"Ini merupakan kali pertama warga Kemboja ditahan kerana cuba menyeludup dadah di KLIA,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam tangkapan pertama pada 4.30 pagi, Govinden berkata, wanita Kemboja yang menaiki pesawat dari Dhaka-Kuala Lumpur telah menyorok dadah seberat 3.1 kg yang bernilai RM775,000 dalam beg bagasi tarik yang direka khas untuk menyorok dadah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment